Wednesday, 25 June 2014

Pengurusan Sekolah Agama Di Terengganu Memuaskan



Pengauditan dijalankan antara Ogos hingga November 2013 mendapati pengurusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Terengganu adalah memuaskan dari segi prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Ini turut meliputi prestasi kemudahan sekolah dan asrama serta prestasi pengurusan aset, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam.
SMAN merupakan institusi pendidikan menengah milik kerajaan negeri Terengganu dan diuruskan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid (Jabatan) di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Laporan yang disediakan Bernama semalam menyebut, pihak audit mengesyorkan pencapaian prestasi SMAN boleh ditingkatkan melalui penambahbaikan beberapa kelemahan seperti jadual perancangan dan laporan pelaksanaan program kecemerlangan pelajar yang lebih terperinci.
Pada tahun 2006, kerajaan negeri telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan bagi memperkasakan pengurusan SMAN dengan menjadikannya Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Melalui MoU itu, SABK menerima sumbangan daripada kerajaan Persekutuan seperti bantuan perkapita, gaji guru dan kakitangan, makan dan minum penghuni asrama, perkhidmatan kebersihan dan keselamatan sebagimana ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
Selain itu SABK turut melaksanakan Kurikulum Kebangsaan mengikut standard ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan selain melaksanakan Kurikulum Pelajaran Agama merangkumi Kurikulum Pelajaran Menengah Al-Azhar (Thanawi) dan Kurikulum I’dadi yang ditentukan oleh kerajaan negeri.
Terdapat 10 buah SMAN di Terengganu terdiri daripada sebuah sekolah bertaraf Sekolah Berasrama Penuh dan sembilan Sekolah Menengah Agama Harian.
Sehingga Ogos 2013 jumlah keseluruhan guru dan pelajar bagi 10 SMAN adalah 715 guru dan 8,085 pelajar dengan peruntukan RM87.78 juta daripada kerajaan negeri bagi tahun 2011 hingga 2013 untuk mengurus dan setakat Oktober 2013 sejumlah RM78.27 juta atau 89.2 peratus telah dibelanjakan.

Sejarah SMA Sultan Ismail Dungun





Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi  pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .
Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik  bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan  pembinaan  sekolah baru ini .
Pada peringkat awal , sekolah ini hanya mempunyai  pelajar seramai 94 orang ( 48  lelaki dan 46 perempuan ) dengan seorang guru merangkap  Pengetua sekolah ini , iaitu  Ustaz Lop Yusof  bin A.Rahman.Pada bulan  Julai yang bertarikh  24 haribulan , bersamaan dengan 9 Muharram   13 78 , iaitu setelah 3 bulan  sekolah ini menjalankan pentadbirannya ,maka satu upacara pembukaan  rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia  Al –Marhum Sultan  Ismail  Nasiruddin Shah ,Sultan Terengganu  Darul Iman . Sempena nama baginda sendiri ,maka pada detik  yang penuh bersejarah itu , sekolah ini telah di perkenalkan secara rasminya  dengan nama  “ Sekolah Ugama Sultan Ismail Dungun” .
Pembangunan Fizikal
Kerajaan negeri melalui Jabtan Hal Ehwal Agama  Terengganu ( JHEAT ) ,Bahagian Pendidikan telah membekalkan ramai guru siswazah   dan bukan siswazah , peralatan pejabat  dan kelengkapan  sekolah semasa ia masih bertaraf  sekolah rakyat ,kini Sekolah Menengah Agama Sultan Ismai telah mempunyai  beberapa blok bangunan  baru tiga tingkat  yang mula di gunakan  pada tahun  1986 lalu , Dua blok bangunan  baru tiga tingkat  untuk kegunaan sekolah dan pejabat  , dua blok  tiga tingkat asrama putera dan puteri , dan satu  kantin  baru yang amat selesa , satu dewan besar di samping  bangunan –bangunan yang sedia ada .
Sebagai  sebuah sekolah aliran agama yang tunggal di daerah ini , sambutan  orang ramai  amat menggalakan .Semenjak sekolah ini mula di buka  hingglah sekarang , bilangan  pelajarnya sentiasa bertambah .Dan pada masa ini  berjumlah 805 lelaki dan pelajar perempuan  dengan 66 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai kategori .



Pembangunan Akademik
Kemasukan  pelajar  bukan sahaja dari daerah  Dungun  dan negeri Terengganu  ,malahan  juga dari daerah lain , pada mulanya sekolah ini menggunakan  system pelajaran  aliran  Arab Ibtida’l  dan Thanawi  .Tetapi  di sebabkan  perubahan masa , sehingga  sekarang  menggunakan Kurikulum  Kementerian Pendidikan .Pada tahun 1968 ,bermulalah pengajian Sijil Rendah Pelajaran dengan Sijil Ibtida’l  .Sementara pengajian Sijil Pelajaran Malaysia  hanya bermula pada tahun 1981 .Walaubagaimanapun ,mata pelajaran Bahasa Arab  dan Agama tetap di berikan penekanan  sebagai  persediaan  memasuki  aliran  Thanawi Di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainai Abdin ,Kuala Terengganu .Begitu juga Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ,Universiti Islam  Antarabangsa (UIA ) ,Universiti –university Timur Tengah  serta Maktab Penguruan  Islam Bangi
Pelajar –pelajar dari sekolah  ini Berjaya  dengan cemerlang  dalam peperikasaan  PMR , dan  SPM ,telah berjaya menyambung  pelajaran  mereka ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal  Abidin ,Kolej  Sains Pendidikan  Islam Terengganu .KOSPINT serta beberapa  buah Sekolah Menengah  Agama Berasrama Penuh di seluruh Malaysia .Selain dari itu ,ramai pelajar yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti tempatan dan luar negeri
Dalam bidang ko-kurikulum ,sekolah ini juga tidak ketinggalan  berbanding dengan sekolah agama atau sekolah kementerian yang lain .Malah merupakan perintis  untuk beberapa kegiatan  tertentu .Misalnya ,pembelajaran  computer  di mana sekolah adalah salah sebuah sekolah percubaan .Buat masa ini makmal computer  dapat di jalankan pada setiap petang .Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama menubuhkan koperasi sekolah yang berdaftar
Dengan memperkenalkan mata pelajaran  Kemahiran Hidup  ,pelajar –pelajar menengah rendah telah di beri  pendedahan awal tentang pertukangan tangan, jahitan serta teori –teori asas kemahiran  psicomotor .Adalah di harapkan pendedahan  teknologi  seperti kemahiran  komputer ,pertukangan  tangan ,jahitan akademik ,  dan pengetahuan agama  dapat membina pelajar  menjadi ihsan yang bertakwa serta berguna  kepada agama , bangsa dan Negara Insyallah .

Sekolah agama pilihan ibu bapa



Permasalahan sosial dalam kalangan remaja yang semakin meruncing ketika ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berteraskan agama.

Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Razak Jusoh berkata, ia berdasarkan senario semakin ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak menyambung pelajaran ke sekolah agama.

Menurutnya, setakat ini hampir 5,000 permohonan pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran ke sekolah agama diterima, namun mereka gagal diterima masuk ke sembilan buah sekolah agama di negeri ini kerana tempat terhad.

“Ini disebabkan bilangan kelas di sekolah berkenaan hanya mampu menampung keperluan semasa seramai 1,400 pelajar lepasan UPSR pada setiap pengambilan.

“Bagaimanapun bilangan kelas di sekolah agama negeri sedia ditambah bagi menampung keperluan semasa ini,” katanya selepas merasmikan Kem Imam Muda Sekolah Menengah Agama Terengganu di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan Wakaf Tengah, di sini.

Menurutnya, setiap sekolah agama di negeri ini juga mempunyai kelayakan tertentu, iaitu 5A bagi Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Burok. Minimum 3A 2B bagi SMA Khairiah dan SMA Sultan Zainal Abidin di Ladang.

“Manakala 20 unit (gabungan lima subjek) bagi sekolah lagi iaitu SMA Al-Falah, SMA Mahmudiah, SMA Marang dan SMA Sultan Ismail Dungun dan 18 unit SMA Ittifakiah dan SMA Setiu,” katanya.

Pada program itu, seramai 120 pelajar sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menyertai program yang bermula pada 3 hingga 8 Disember anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Program di SMA Khairiah

SAMBUTAN HARI KOPERASI, HARI PSS & PERTANDINGAN KHAT

Sambutan hari koperasi sekolah (HKS), hari Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan pertandingan Khat telah diadakan pada 3 Julai di SMA Khairiah. Sambutan Hati koperasi telah dirasmikan oleh Tuan Hj Mohamed Jais b. Hassan, Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Terengganu bertemakan Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat.   

Pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan HKS iaitu gerai jualan, pameran buku dan aktiviti akademik dengan kerjasama Pusat sumber Sekolah yang mengadakan pelbagai pertandingan yang menarik. 






SMAASZA Johan Maulidur Rasul 1432 H


Smaaasza menjuarai kategori sekolah menengah dalam pertandingan perarakan sempena Maulidur Rasul S.A.W. Tahniah buat peserta dan semua yang terlibat. Mari kita saksikan foto-foto yang sempat dirakamkan disepanjang perarakan tersebut.










Kokurikulum SMA Khairiah 2013


AKTIVITIPERINGKAT/
ANJURAN
PENCAPAIAN
Pidato Sempena Maulidur Rasul 1433HJHEATSaguhati
Pertandingan KhatJHEATSaguhati
Perarakan Maulidur RasulNegeri/SUKKelima
Perkhemahan Maulidur Rasul Pengakap Peringkat Kebangsaan 2013Persatuan Pengakap Negeri Trg/JPNT
Kejohanan Pentanq Angkasa Negeri Trg Peringkat Daerah K.TrgAngkasaNaib Johan
Perarakan Maulidur Rasul Parlimen Daerah Kuala Trg 1434HParlimen Kuala TrgNaib Johan
Pertandingan Kalam Jama'ie Bahasa Arab Sek.Men.Agama Trg Zon B 2013YDSM 
Majlis Karnival Dakwah (Pertandingan Tadarus Al-Quran /Nasyid) Sek-sek Men. PKG Bkt Besar 2013JPNTJohan Tilawah (Perempuan)
Pertandingan Bola Jaring MSSD KTS 2013MSSDKetiga (B 18)
Pertandingan Kompang Formasi Sek.Men. Peringkat Daerah Kuala Trg 2013PPDKTNaib Johan
Pertandingan Debat Bahasa Arab Sek-Sek KPM Peringkat Kebangsaan 2013KPMKe 3
Pendebat Terbaik
Majlis Karnival Dakwah (Pertandingan Tadarus Al Quran/Nasyid) Sek-Sek Menengah Daerah Kuala Terengganu 2013PPDKTJohan Tilawah (Perempuan)
Majlis Sukan Sekolah Sekolah Agama Terengganu Peringkat Zon C 2013JHEATJohan Badminton Atas
Johan Bola Jaring Atas
Johan Ping Pong Bawah
Naib Johan Badminton Bawah
Naib Johan Bola Tampar
Ke 3 Bola Jaring Bawah
Ke 3 Ping Pong Atas
Pertandingan Chain Story Telling Kumpulan Inspirasi Piala YDSM 2013YDSMLayak Ke Suku Akhir
Majlis Karnival Dakwah (Pertandingan Tadarus Al Quran/Nasyid) Sek-Sek Menengah Negeri Terengganu 2013NegeriNaib Johan Tilawah Perempuan
Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah Dan Rendah Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2013DaerahNaib Johan
Kejohanan Sukan Masmat Akhir 2013JHEATJohan Bola Jaring Atas
Naib Johan Badminton Atas
Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam(Kapa) Daerah Kuala TerengganuPPDKT 
Pertandingan Hari Puteri PPI 2013PPDKTJohan Gubahan Telekung
   
Pertandingan Rekacipta SEMJPNT 
Pertandingan Debat Bahasa ArabKPMSuku Akhir
Keempat Pendebat Terbaik
Pertandingan Speech Choir Peringkat ZonYayasan Diraja Tengku MizanNaib Johan
Perkhemahan BSMM Peringkat Daerah K.TrgPPDKT 
Pertandingan Akhir Speech ChoirYayasan Diraja Tengku MizanKetiga
Kuiz PerakaunanUMTPeringkat Akhir
Perarakan Hari KebangsaanSUKJohan Kategori Sekolah Bukan Badan Beruniform

Kejohanan Sukan Masmat 2014

Kejohanan Sukan Masmat Sekolah Menengah Agama Terengganu kali ke 44 Tahun 2014

Tarikh : 10-11 April 2014
Tempat : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Anjuran : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu


Tahniah diucapkan kepada semua peserta peserta sukan MASMAT SMA Mahmudiah kerana telah menjadi Johan keseluruhan bagi Masmat kali ini. Dan tahniah juga diucapkan kepada pasukan pasukan yang lain. Tahniah dan syabas.